@dak_masyitah

KakPotato

Ask @dak_masyitah

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

48 th :

dak_masyitah’s Profile PhotoKakPotato
|| TANYA ||
Agaknya sebelum kita bertanya kepada seseorang. Pernah tak diri kita nak fikir dulu.
"Aku tanya nih soklan yg releven ke?"
"Aku tanya nih tidak memalukan dia ke?"
"Aku tanya nih tidak menaikkan amarah dia ke?"
"Aku tanya nih memang untuk nak bertanya atau sengaja nak mencari aib dia?"
"Aku tanya nih bermanfaatkah untuk bakal jawapan yg aku terima nanti?"
Gaisss,
Kalau kita bertanya soalan untuk menambahkan beban di bahu kiri... sudah sudah la.
Kita sebagai penanya kena ingat & ambil tahu perasaan si penerima.
Jika si penerima naik berang lepas dapat "soalan tidak bermanfaat" macam kita kasi.
"Agaknya kita nih berdosa ke tidak?"
___
Fikir dulu sebelum bertanya soalan. Jika awak(kita) nak orang lain jaga perasaan awak(kita) tanpa lihat siapa awak(kita), pastikan diri kita pun kena sentiasa jaga perasaan orang lain.
Jangan disebabkan diri kita. Orang lain pun terpaksa menerima beban di bahu kiri.
"Nak buat dosa jangan berjemaah"
Dari saya yg hina,
Budak Potato.

View more

48 th

jwnpn kau pun nk sma cm Mato so how can we didnt guess ya trying so hard to be like him. sudah sudah lh buat org myamph.

Assalammualaikum,
Bila masa pulak sama?
Gaya bahasa pon berbeza wak....
Takde masa kowt nak jadi orang lain. Saya jadi diri sendiri je selama nih. Semua jawapan memang saya sendiri yg buat.
Kalau betul awak nih kenal sangat Mato.
"Mesti sudah nampak beza besar antara saye dengan dia?"
"Jangan suka menuduh awak.... jangan suka jatuhkan fitnah awak...."
Nabi tidak ajar kita macam nih. Nak tegur pun ada cara nya juga. Bukan setakat pandai menyembunyikan diri di sebalik tiran "ANON".
Maaf.
Jika benci saya pergi tanya orang lain.
InsyaAllah awak lebih dapat banyak jawapan yg lebih bermanfaat untuk awak & ummah.
tq

Kenapa Pilih Budak Potato?

dak_masyitah’s Profile PhotoKakPotato
Newborn Potato = Potato = Fresh Baby
Kalau awak semua berkawan dengan kawan yg ambil medic etc.
Mesti depa akan "anggap" baby yg baru lahir sebagai Newborn Potato.
Kenapa?
Sebab "Potato" kan kulit dia kedut kedut.
Sama juga macam baby. Ada kedut kedut cantik.
Dan baby juga tiada dosa awak.
Mereka sungguh suci dari dosa.
_
Kenapa Budak Potato?
Ye,
Aku tahu aku ini bukan maksum,
Aku ini pendosa,
Pasti ada saja dosa yg terlahir dari aku tanpa aku sedar & tidak sedar.
Hati aku berkata,
Berusahalah untuk tidak melakukan dosa,
Bila kau niat nak buat dosa kau ingat betapa azabnya yg kau bakal hadapi di akhirat kelak.
"Cubalah berusaha menjadi seperti Newborn Potato yg tiada dosa"
Memang mustahil,
Tapi tajdidkan niat kau.
"Allah Maha Mengetahui"
_
Lahirlah nama
Budak Potato.
Kak Potato
Kak Tato
Tato
(Budak Potato)
19/12/2015 - 11'51H

View more

Kenapa Pilih Budak Potato

Qudwah tu apa?

Qudwah,
Panggilan panjangnya,
Qudwah qabla dakwah
> Memberi erti bahawa dalam melakukan dakwah, contoh teladan yang baik adalah lebih diutamakan kepada diri para daie sebelum mengajak kepada orang lain menuju Allah. Seorang daie yang mantap akan berusaha membentuk dirinya menjadi individu muslim yang sempurna. Sehingga, dirinya menjadi qudwah kepada yang lain bertepatan dengan firman Allah dalam ayat berikut :
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Ia sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan"
[Surah As-Saaf : 2-3]
*boleh faham ye^^*

47 th :

🍎 Puisi 🍎
#5 NIAT
Niat nak berubah itu ada,
Memang orang membuak buaklah dari hati.
Tapi
Kau berubah kerna kasih dan cintanya engkau pada ajnabi,
Adakah kau rasa pengubahan kau akan kuat?
Adakah kau rasa penghijrahan kau akan kekal?
Okay,
Agak kasar ucapkan,
Agak kasar aku tudingkan,
Tapi inilah realiti.
Kau berubah kerana cinta ajnabi sudah pasti kau tidak akan kuat,
Kerna,
Jikalau si ajnabi itu pergi meninggalkan kau,
Adakah kau masih mahu meneruskan perubahan kau?
Ramai jatuh kerana niat berubah itu tidak berlandaskan jalan atau paksi yg benar.
Jika benar kau mahu berubah,
Jika benar kau mahu berhijrah,
Jika benar kau mahu berhenshin
Sudah pasti kalimah "laillahaillaAllah" menjadi sandaran utama dalam hati kecil kau.
Aku berani cakap,
Penghijrahan kau akan kekal dan InsyaaAllah istiqomah
Kerana apa?
Kerana niat kau yg utama itu semata mata kerana DIA.
Twitter @KakPotato
https://telegram.me/KamiAwesomeChannel

View more

(Sambungan)

|| PUCAT ||
JUMAAT | 6'50pagi
Macam biasa,
Selesai solat tubuh itu akan gunakan sebanyak mungkin untuk membaca kitab Allah itu,
Cuma hari ini dia hanya dapat menghabiskan 4 muka surat sahaja ayat suci al-quran itu.
Mengantuk,
Tanpa menukar pakaian terus sahaja dia tidur di atas tempat alas solat pemberian Arwah Ibunya Puan Fatimah,
"Kejap lagi Fiya sambung ye... Fiya ngantokkkk sangat"
*monolog diri dia*
7'05pagi
"Fiya bangun bangun. Nih kenapa nih kain telekung tak ditukar tapi terus tidur nih."
"Hishh budak bertuah nih"
"Fiya bangun lah, Hanna nak ajak makan sarapan."
"Jom yunk?"
*tanggannya lembut menolak tarik tubuh kawannya*
"Fiyaaaaa, bangunlah. Kenapa senyap. Fiyaaaa, jangan buat Hanna camnih. "
*air mata lajut mengalir membasah pipi*
Dengan ilmu kedoktoran yg ada.
Dia cuba menyelamatkan sahabat baiknya itu.
"FIYAAAAAAA!! "
Kak Ilahhhh, Kak Tehaaaa, Aisyyyy bangunnnn.
Fiyaaaa taknak bangun.
*tersedu sedu*
Terus dengar kata itu, sahabat rumah mereka menyerbu masuk ke dalam bilik itu.
"Hanna cepat telefon ambulans, Aisyy cepat panggil warden. Cepatttt!"
*arah tegas seorang kakak senior*
__
7'32pagi
Pihak hospital mengesahkan kematian Fiya.
Doktor mengesahkan dia sesak nafas.
*tersembam jatuh Hanna sahabat baiknya itu*
Fiyaa lagi 2 sem je,
Lagi 2 sem je kita dapat bersama,
Sudah saban tahun kita bersama,
Pada hari genting ini kau meninggalkan aku.
"Ya Allah tempatkanlah sahabat aku itu di tempat yg beriman. Moga kami diberi peluang untuk bersua muka lagi."
"Amiin."
*monolog hati cuba menyejukkan jiwa*
Kenangan bersama tidak akan dilupa,
Apa yg mereka kongsi bersama dicatat baik dalam buku memo kecil pemberian Fiyaa buatnya.
"Akan ku taburkan kata manis di sini khas buat kau Fiyaa"
Terima kasih atas kesengkian ini.
(Budak Potato)
18/12/2015 - 10'31H

View more

JEMPUT BACA :)

|| PUCAT ||
Jam 5'30
Alarm dari phone dia nyaring berbunyi,
Bingkas tubuh kecil ini bangun dari leka dengan empukkan dan godaan tilam selimut,
Tuala dicapai terus melangkah ke teratak mandian.
Jam 6'40
Alunan azan telah berakhir,
Tubuh itu mulakan langkah baru melangkah ke ruang tempat ambil wudhuk,
Disengsengnya tangan dahulu,
Dilipat kemasnya hujung seluar,
Dikemas kininya ikalan rambutnya,
Lalu muka pili paip di pulas lembut.
"Again?"
Sentak kata hati dia,
Pucat
Pucat
Pucat
Disaat air wudhuk mengalir lembut di anggotanya,
Pucat lesu urat kebiruan kehijauan timbul.
"Again?"
Mesti terjadi disaat tubuh itu mengangkat air bagi menyucikan diri dari hadas kecil,
Pucat anggotanya lain macam,
Sudah seminggu dia menerima tamparan keadaan baru seperti itu,
Pada awal waktu hatinya meronta berkata,
"Hurmm perkara biasa nih, mungkin sebab sejuk. Yes aku sejuk."
Kata itu berjaya mengalihkan dari berterusan fikir bukan bukan.
Pucat
Muka dia pucat,
Bibir munggilnya kelihatan sangat pucat,
Telapak tangannya pucat timbul urat berwarna warni bermain di tangan kecil dia,
Kaki nya turut pucat mengikut jejak anggota lain,
Dia ditegur sabahat rumetnya,
"Fiya, asal kau nih?"
"Sehat tak? Pucat je aku tengok kau?"
*pegang dahi*
"Hurmm takpanas, kau kenapa Fiya..... sakit ke?"
"Takmu buat Hanna risau..."
Eh takde pape la Hanna.
Fiya okay. Mungkin sebab sejuk kot?
*hadiahkan senyuman*
"Okay Fiya, if you wanna share something, I'm here okay?"
*pegang tangan & tatap muka sahabat itu*
_
Pucat semua itu adalah tanda,
Ye tanda pemergian tubuh itu akan meninggalkan dunia ini.
(sambungan)

View more

Jika pada akhirnya kamu tidak disatukan dengan orang yang namanya sering kau sebut dalam doamu , maka kamu akan dipersatukan dengan orang yang diam-diam jauh lebih sering menyebutmu dalam doanya . wallahualam bishawab :)

PendekLala’s Profile PhotoNurul
Nak ke Syurga, jangan sorang sorang.
Tarik sekali satu keluarga, saudara mara & semua sahabat kita.
Okay?
"Sayang mereka kan?"
_
"Namamu dalam doaku"

Macam mana nak hargai masa ? Saya selalu bazirkan masa walaupun tau banyak benda kena buat . I have no idea what I have done . Please give me some advice . Thanks

Ingat dosa,
"Bukankah dengan membazirkan masa itu juga satu dosa?"
FIKIR
__
"Bila terasa lapang nya masa, gunakan dengan manfaatnya."
Mengaji Al- Quran,
Berzikir,
Berselawat,
Dengar lagu Cintakan Allah & RasulNya,
Luang masa dengan keluarga,
"Lakukanlah solat sunat 2 rakaat"
Isikan masa kosong dengan sesuatu yg mampu memberatkan lagi timbangan di sebelah KANAN, bukan makin memberatkan timbangan disebelah KIRI"
_
"senyumlah"

Aku tgh futur ni . bgi kata2 smangat . pliss . syukran .

Kenapa perlu futur sedangakan Allah beri nikmat kebahagiaan.
"jangan terlalu suka futur dan lemah"
KUATLAH,
SAMPAI BILA NAK JATUH?
"Tempat untuk mencari kekuatan hakiki ialah bersujud kepadaNya"
__
"luahkan segala kekusutan yg terpendam di hati"
"Allah Maha Penyayang awak,
Allah Maha Mengetahui awak."
Hanya menadah doa dengan penuh ikhlas mampu beri jutaan kasih sayang.
"PERCAYALAH PADA ALLAH"

Next

Language: English